



TEGUH PERISAI
MARKAS BRIGED KE 30 INFANTRI
LAIN-LAIN AKTIVITI MARKAS
program qurban mk 30 briged
27 september 2015
![]() |
---|
![]() |
![]() |
![]() |
Kem Bukit Cowder, Markas 30 Briged telah berjaya melaksanakan program Ibadah korban pada 27 September 2015 dimana seekor lembu telah dikorbankan hasil sumbangan pemimpin negara dan orang perseorangan. Lebih dari 50 anggota hadir melaksanakan pelbagai tugas menyembelih, melapah kulit dan daging, memotong tulang termasuklah menimbang dan mengagihkan daging korban. Program turut dihadiri oleh Panglima 30 Briged, Brig Jen Zainal Abidin bin M.Said serta Ketua Staf Markas 30 Briged.
majlis sambutan hari raya aidilfitri
peringkat mk 30 briged
6 ogos 2015
![]() |
---|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
TAHLIL DAN SOLAT HAJAT
Majlis Tahlil dan Solat Sunat Hajat dilaksanakan bertempat di Masjid Al-Kawkabar, Mk 30 Briged buat pertama kalinya sempena kemasukan ke Kem Baru pada 23 April 2015. Majlis ini melibatkan seramai 15 Peg dan 70 Anggota Llp, turut serta dalam majlis tersebut ialah ketua Staf Mk 30 Bgd. Disamping itu, hadirin turut diperdengarkan ceramah ringkas oleh Ustaz Mej Mohd Syukur. Selepas majlis Tahlil tersebut, jamuan makan diadakan di dewan makan Mk 30 Bgd pada pengakhiran majlis dan acara selesai setelah jam 2300h. Oleh : Syahidan Othman

LAWATAN PENGURUS PERNAMA
Panglima MK 30 Bgd menerima Kunjungan Hormat oleh Pengurus Besar Pernama (Encik Zaini bin Khalid) pada 29 Mac 2015, bertempat di Bilik Gerakan Kem Bukit Cowder. Lawatan diringi oleh lima orang pegawai Pernama daripada Pejabat Besar Pernama Kuala Lumpur dan Pejabat Pernama Cawangan Arau. Tujuan lawatan dibuat, untuk mengenalpasti lokasi tapak baru Pernama yang akan dibina di Kem Bukit Cowder bagi memudahkan Anggota-anggota Tentera di sekitar membuat urusan. Oleh : Syahidan Othman

majlis berbuka puasa peringkat
wisma perwira sri kayangan
4 julai 2015
![]() |
---|
![]() |
![]() |
![]() |
KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS PERLIS

KEM BUKIT COWDER – Kunjungan Hormat oleh YDH SAC Shafie (Ketua Polis Perlis) ke Markas 30 Briged (Mk 30 Bgd) buat pertama kalinya sepanjang penubuhan Kem baru Mk 30 Bgd. Kunjungan dibuat pada 31 Julai 2015 bertempat di Pejabat Panglima 30 Bgd. Ketibaan disambut oleh Brig Jen Zainal (Panglima Mk 30 Bgd) dan pegawai-pegawai kanan Markas ini. Turut terlibat ialah Safrul Faiz bin Ab Satar (Majlis Keselamatan Negara Perlis), Supt Abd Rahim bin Mad Isa (Malaysia Thailand Border Coordination Office) dan Lt Kol Sabre (Ketua Staf Mk 30 Bgd). Oleh Syahidan Othman
![]() |
---|
![]() |
![]() |
![]() |
KAYUHAN KASIH SEMPENA HUT TD
Oleh: Lt Mohammad Khairi bin Midon
Gambar :Pbt Muhamad Syahidan bin Othman
ORAN, PERLIS : Pada 27 Mac 2015, satu program kayuhan berbasikal iaitu Kayuhan Kasih Sempena HUT TD ke-82 bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah diadakan dimana ia melibatkan warga tentera serta masyarakat setempat. Aktiviti yang dilaksanakan bertujuan bagi memaklumkan kepada masyarakat akan kolaborasi diantara pihak ATM dan institusi diraja. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan seperti gotong royong membersihkan kawasan Masjid Al-Rashid, Kg. Perun, pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampung oleh kumpulan perubatan dari Markas 2 Divisyen serta kayuhan basikal bermula dengan singgahan di asnaf-asnaf di Kg. Perun serta pemberian Sumbangan Kasih kepada penduduk kampung oleh DYTM Raja Muda Perlis sebelum tiba di Masjid Al-Rashid Kg. Perun. Aktiviti diakhiri dengan jamuan makan malam di Masjid Al-Rashid. Turut hadir Ybhg Panglima 30 Briged, Brig Jen Zainal Abidin bin M.Said, pegawai-pegawai memerintah serta agensi-agensi awam.