



TEGUH PERISAI
MARKAS BRIGED KE 30 INFANTRI

TEGUH PERISAI
PENGERTIAN LOGO
HURAIAN.
PERISAI. Budaya kerja yang mempunyai komitmen tinggi.
TOMBAK BERSILANG. Kekuatan bagi menentukan keselamatan negara.
KUBU. Lima buah kubu melambangkan keteguhan kelima-lima buah Batalion Rejimen Sempadan yang merupakan perintis kepada penubuhan Kor Rejimen Sempadan.
PENGERTIAN WARNA
MERAH. Semangat gagah berani dan bersedia sebilang masa mempertahankan kedaulatan negara.
HITAM. Kecekalan dalam melaksanakan tugas.
HIJAU. Kesepakatan bersama agensi awam yang berkenaan.
KUNING. Kedaulatan negara yang harus dijaga dan dipertahankan.
PENGERTIAN COGAN KATA TEGUH PERISAI
TEGUH. Teguh melambangkan simbol kemantapan organisasi yang kukuh lagi seimbang. Memiliki keazaman dan tekad serta semangat juang yang tinggi. Berdiri teguh dengan gah, bersemangat waja, mampan serta tanpa gentar bagi mempastikan kejayaan. Warganya cukup terlatih, berdisiplin dan bermotivasi tinggi.
PERISAI. Perisai melambangkan kekuatan serta kejituan Ketumbukan 30 Bgd yang memiliki pasukan tempur yang sedia diaturgerakkan pada sebilang masa. Ia mampu melaksana dan mencapai misi dalam apa sahaja tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Ketumbukan ini sentiasa siap sedia menjadi benteng pertama pertahanan negara.