top of page

BAKAT

MESYUARAT AGUNG BAKAT GABUNGAN SIRI 1/2015

Oleh Pbt Syahidan Othman

PERLIS : Mesyuarat Agung BAKAT Gabungan Siri 1/2015 telah diadakan bertempat di Rumah BAKAT MK 30 Bgd pada 5 Jun 2015. Acara dipengerusikan oleh Pn Zaiton binti Bakar (Pengerusi BAKAT Gabungan Mk 30 Bgd) dengan kehadiran seramai 20 orang ahli. Mesyuarat diadakan bertujuan bagi membincangkan tentang pengurusan dan pentadbiran dengan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) baru yang mana ianya dipilih melalui persetujuan ramai dari Ahli-ahli BAKAT yang hadir. Bagi melicinkan setiap pentadbiran, perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan bagi tahun 2015 juga turut dibincangkan pada hari tersebut.  Mesyuarat turut disertakan dengan bacaan Tahlil sempena kemasukan rumah BAKAT baru. Mesyuarat diakhiri dengan sesi bergambar serta jamuan ringan.

LAWATAN ULUNG PENGERUSI BAKAT 2 DIV KE BAKAT 30 BRIGED SERTA KUNJUNGAN MESRA KE PPDK SERI KAYANGAN

KANGAR, 26 Ogos 2015 – Pengerusi BAKAT 2 Div, Datin Sharinah Bt Mohamed Adnan telah mengadakan lawatan ulung beliau ke BAKAT 30 Briged. Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi serta AJK BAKAT 30 Briged. Sepanjang lawatan, beliau dipamerkan dengan hasil kraftangan ahli-ahli BAKAT serta persembahan Tarian 1 Malaysia. Disamping itu, beliau turut membuat kunjungan mesra ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seri Kayangan, dimana kunjungan beliau disambut mesra oleh Pengerusi BAKAT 30 Briged, Penyelia PPDK serta wakil dari JKM Negeri Perlis. Lawatan serta kunjungan ini bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama ahli BAKAT serta meninjau perkembangan aktiviti semasa PPDK ini selain dari mengenal pasti permasalahan semasa dalam aspek pentadbiran pusat pemulihan ini. 

bottom of page